Home > Uncategorized > PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI – NAK TULIS APA…..

PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI – NAK TULIS APA…..

Assalamualaikum wbt.

Semoga tuan/puan berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Ustaz Adlan telepon saya dan minta untuk saya sumbang artikel untuk pemudaiman.blogspot.com. Pada mulanya, terfikir juga, nak tulis apa. Bincang punya bincang, akhirnya sampai kepada satu ‘conclusion’, mungkin dapat sumbang artikel pasal kewangan Islam. “Tajuk ini besar sangat. Aku bukan graduate dalam financial management, Pak Lan. Aku ni ‘engineer by profession’,” komen saya. Dia kata, “jangan tulis benda yang terlalu teknikal. Sekadar perkongsian tentang bagaimana kewangan peribadi dapat diurus dengan cara yang paling praktikal. Ikut pengalaman hang la…”.

Jadi saya cadangkan tulisan saya akan berkisar tentang:

  1. Apa yang patut kita buat apabila kita nak urus duit kita. Semua kita dah bekerja dan pasti dapat gaji tiap-tiap bulan atau bisnes yang menghasilkan pendapatan berkala. Tapi selalu kita jadi ‘stress’ sebab banyak hutang nak dibayar setiap bulan. Tup-tup duit tak berapa cukup bila sampai hujung bulan.
  2. Macam mana kita nak buat pahala dengan duit dan harta kita. Allah SWT bagi rezeki untuk kita supaya kita uruskan rezeki untuk manafaat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak pandai urus rezeki kita, kita akan tergolong dalam golongan yang rugi bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat yang kekal abadi.
  3. Harta & pelaburan yang macam mana yang harus kita beli. Banyak jenis harta & pelaburan. Semuanya untuk kesenangan hidup. Tapi kita selalu dengar serita yang manusia boleh jadi gila sebab harta & pelaburan yang memeningkan kepala. Jadi saya cuba nak kongsi beberapa panduan umum untuk kita semua.
  4. Sedikit pandangan umum bagaimana harta negara dapat diuruskan dengan lebih bijaksana agar kita rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik hasil pemerintahan yang lebih adil serta saksama.

Tulisan saya bukan untuk ‘promote’ mana-mana pelaburan. Saya juga BUKAN agen mana-mana skim pelaburan. Sekadar melihat baik dan buruk untuk panduan. Kebanyakan kita adalah golongan makan gaji dan pendapatan kita terhad. Tulisan saya cuba berkongsi bagaimana kita boleh mengoptimakan pendapatan kita yang terhad untuk memberi impak yang maksima, insyaallah. Tuan/puan sahabat sekalian dialu-alukan untuk memberi pandangan dan komen atas tulisan saya. Kalau ada salah/silap, dapat ditegur untuk kebaikan bersama. Saya berharap agar saya dapat menyumbang satu artikel santai setiap minggu. Doakan agar Allah SWT member kekuatan agar saya terus istiqamah dalam perjuangan ini.

Salam ukhuwah kepada semua.

Afzainizam, 35009 Tapah, Perak

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: