Home > Uncategorized > Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop” – Satu Pandangan dari Zaid Ibrahim

Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop” – Satu Pandangan dari Zaid Ibrahim

Salam,

Sekadar renungan. Mungkin ada kebenarannya yang perlu dilihat dan difikirkan dalam perspektif yang lebih meluas.

“Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop” – Zaid Ibrahim, http://myzaidibrahim.wordpress.com/2009/06/26/dasar-kerajaan-tak-boleh-flip-flop/

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang bercita cita besar dan dikatakan oleh penyokong nya jauh lebih “bersih” dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman baru mengenai penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik tak lama lagi. Ramai menduga beliau akan merombak dasar yang telah diamalkan lebih 6 tahun lalu sejak diperkenalkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Memang benar ramai anak Melayu masih ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggris dan masalah ini tak boleh selesai dengan hanya mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Permasalahan penguasan Bahasa Inggeris oleh anak Melayu memerlukan satu kajian dan dasar khusus. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sahaja.
Kita hairan mengapa selama 6 tahun terlaksana nya dasar tersebut, menteri-menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang mula memperkatakan tentang kelemahan dasar itu.Mereka tidak pernah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap masalah itu. Kalaulah mereka benar-benar memikirkan kepentingan anak-anak kita di sekolah kononnya sekarang mereka rugi belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris; mengapa sebuah dasar yang dikira gagal dan lemah dibiarkan berterusan sebegitu lama? Saya percaya perkara ini timbul kerana isu ini banyak diperkatakan oleh Pakatan Rakyat; jadi inilah cara UMNO dan Barisan Nasional bertindak – nak tunjukan seolah-olah merekalah yang lebih prihatin dan faham dengan isu tersebut.
Sepatutnya sebelum membuat keputusan itu, kerajaan perlu beri tahu dahulu kepada orang ramai keputusan kajian yang dibuat mengapa dasar ini perlu ditukar. Apakah itu sabenarnya punca permasalahan dan apakah kelemahan itu tidak boleh diatasi. Jika ianya kerana kita perlu tunjok cinta kita kapada bahasa ibunda kita dan dengan itu kita wajib mempelajari sains dan metamtik dalam Bahasa Melayu, timbul pula persoalan bagaimana kita dengan Bahasa Inggeris – apakah ia perlu dipelajari dan ditahap yang mana ia perlu dicapai.
Jika kita ingin letakkan standard atau tahap yang tinggi untuk Bahasa Inggeris dan terpaksa memberi tumpuan setimpal dengan kehendak itu, bukankah satu hari nanti ini pula dituduh sebagai bukti tidak sayang kepada Bahasa Kebangsaan? Menteri Pelajaran kita perlu lebih mendalam dalam kajian beliau mengenai soal pengguasan Bahasa Ingeris. Ia tidak semudah mewajibkan lulus kertas Bahasa Inggeris kepada pelajar SPM untuk meningkatkan penggunaan bahasa itu. Kalaulah kertas perperiksaan itu rendah standardnya (untuk mengurangkan calon yang gagal), itu juga satu pengkhianatan besar kepada anak-anak kita.
Harapan kita ialah supaya kerajaan BN ini menyediakan satu kajian yang dibuat dengan teliti sebelum meminda satu-satu dasar. Biarlah input dari orang ramai yang ada ilmu, pengalaman dalam pembelajaraan dan pengjaran serta dan berpengetahuan tinggi diterima. Lagipun Dr Mahathir melaksanakan dasar penggunaan Bahasa Inggeris itu supaya anak-anak Malaysia termasuk orang Melayu boleh meraih ilmu yang luas kerana bahasa ilmu sekarang ini ialah Bahasa Inggeris. Kalau kerajaan fikir dulu sebelum membuat sesuatu keputusan, rakyat juga akan untung. Jika tidak, ia jadi seperti pi mai, pi mai, tang tu juga. Ikut suka UMNO dan BN saja.
Sikap suka ubah dasar ikut sesuka hati pemimpin BN sama seperti dengan usaha UMNO yang kononnya mahu kepada perpaduan Melayu dengan PAS. Rasanya ini pun tidak difikir dan dihalusi terlebih dahulu. Sebab itu ramai rakyat merasa tertipu. Yang kita dengar sekarang PAS dan UMNO perlu bersatu. Mengikut Mukhriz Mahathir tanpa PAS dan UMNO bersatu , dan sekali gus tidak ada” Malay Unity” maka I Malaysia akan gagal. Kalau lah logik ini benar , mengapa tidak jaya kan Malay Unity itu dulu sabelum umumkan 1 Malaysia .. Bila PAS dan Pakatan Rakyat telah sebulat suara dan tegas menolak usaha UMNO ini, Perdana Menteri tak putus asa pula. Beliau terus berdakwah dengan mengatakan kita orang Melayu perlu bersatu, walau pun Timbalannya sendiri berkata dia tak tahu maksud PAS bila PAS memperkatakan tentang isi cadangan dan usaha untuk bersatu itu
Saya cadangkan Najib supaya jelaskan apa maksud dan tujuan UMNO nak bersatu dengan PAS. Oleh kerana PAS telah pun kata mereka tidak mahu bersatu dengan UMNO, eloklah Perdana Menter sendiri kupas panjang lebar mengapa perlunya kerjasama UMNO –PAS ini. Sama ada benar-benar nak satukan orang Melayu (dengan tidak mempedulikan warga Malaysia yang bukan Melayu) atau cuma mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Kalau Najib tak sanggup berterus terang, lebih elok kalau dia tumpukan masa untuk memulihkan ekonomi dan kurangkan bercakap hal-hal yang tak ada faedah.
Saya dan ramai lagi rakyat biasa melihat cadangan ini hanyalah untuk menyelamatkan Najib dari serangan musuh-musuhnya dalam UMNO. Sepertilah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu masa dulu yang begitu tertarik dengan muzhakarah dengan PAS. Sekarang kita tahu hasrat Pak Lah masa itu hanya untuk pertahankan dirinya dari serangan panglima-panglima besar dalam UMNO yang cuba menolaknya keluar. Dan mereka berjaya. Nampaknya Najib mungkin senasib dengan Pak Lah. Sebab itulah “kerajaan perpaduan” ciptaan Najib hanya mahu dijadikannya sebagai benteng baru untuk memanjangkan pemeritahannya sampai pilihan raya umum ke-13 nanti.
Comments (4)

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang bercita cita besar dan dikatakan oleh penyokong nya jauh lebih “bersih” dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman baru mengenai penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik tak lama lagi. Ramai menduga beliau akan merombak dasar yang telah diamalkan lebih 6 tahun lalu sejak diperkenalkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Memang benar ramai anak Melayu masih ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggris dan masalah ini tak boleh selesai dengan hanya mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Permasalahan penguasan Bahasa Inggeris oleh anak Melayu memerlukan satu kajian dan dasar khusus. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sahaja.

Kita hairan mengapa selama 6 tahun terlaksana nya dasar tersebut, menteri-menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang mula memperkatakan tentang kelemahan dasar itu.Mereka tidak pernah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap masalah itu. Kalaulah mereka benar-benar memikirkan kepentingan anak-anak kita di sekolah kononnya sekarang mereka rugi belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris; mengapa sebuah dasar yang dikira gagal dan lemah dibiarkan berterusan sebegitu lama? Saya percaya perkara ini timbul kerana isu ini banyak diperkatakan oleh Pakatan Rakyat; jadi inilah cara UMNO dan Barisan Nasional bertindak – nak tunjukan seolah-olah merekalah yang lebih prihatin dan faham dengan isu tersebut.


Sepatutnya sebelum membuat keputusan itu, kerajaan perlu beri tahu dahulu kepada orang ramai keputusan kajian yang dibuat mengapa dasar ini perlu ditukar. Apakah itu sabenarnya punca permasalahan dan apakah kelemahan itu tidak boleh diatasi. Jika ianya kerana kita perlu tunjok cinta kita kapada bahasa ibunda kita dan dengan itu kita wajib mempelajari sains dan metamtik dalam Bahasa Melayu, timbul pula persoalan bagaimana kita dengan Bahasa Inggeris – apakah ia perlu dipelajari dan ditahap yang mana ia perlu dicapai.

Jika kita ingin letakkan standard atau tahap yang tinggi untuk Bahasa Inggeris dan terpaksa memberi tumpuan setimpal dengan kehendak itu, bukankah satu hari nanti ini pula dituduh sebagai bukti tidak sayang kepada Bahasa Kebangsaan? Menteri Pelajaran kita perlu lebih mendalam dalam kajian beliau mengenai soal pengguasan Bahasa Ingeris. Ia tidak semudah mewajibkan lulus kertas Bahasa Inggeris kepada pelajar SPM untuk meningkatkan penggunaan bahasa itu. Kalaulah kertas perperiksaan itu rendah standardnya (untuk mengurangkan calon yang gagal), itu juga satu pengkhianatan besar kepada anak-anak kita.


Harapan kita ialah supaya kerajaan BN ini menyediakan satu kajian yang dibuat dengan teliti sebelum meminda satu-satu dasar. Biarlah input dari orang ramai yang ada ilmu, pengalaman dalam pembelajaraan dan pengjaran serta dan berpengetahuan tinggi diterima. Lagipun Dr Mahathir melaksanakan dasar penggunaan Bahasa Inggeris itu supaya anak-anak Malaysia termasuk orang Melayu boleh meraih ilmu yang luas kerana bahasa ilmu sekarang ini ialah Bahasa Inggeris. Kalau kerajaan fikir dulu sebelum membuat sesuatu keputusan, rakyat juga akan untung. Jika tidak, ia jadi seperti pi mai, pi mai, tang tu juga. Ikut suka UMNO dan BN saja.

Sikap suka ubah dasar ikut sesuka hati pemimpin BN sama seperti dengan usaha UMNO yang kononnya mahu kepada perpaduan Melayu dengan PAS. Rasanya ini pun tidak difikir dan dihalusi terlebih dahulu. Sebab itu ramai rakyat merasa tertipu. Yang kita dengar sekarang PAS dan UMNO perlu bersatu. Mengikut Mukhriz Mahathir tanpa PAS dan UMNO bersatu , dan sekali gus tidak ada” Malay Unity” maka I Malaysia akan gagal. Kalau lah logik ini benar , mengapa tidak jaya kan Malay Unity itu dulu sabelum umumkan 1 Malaysia .. Bila PAS dan Pakatan Rakyat telah sebulat suara dan tegas menolak usaha UMNO ini, Perdana Menteri tak putus asa pula. Beliau terus berdakwah dengan mengatakan kita orang Melayu perlu bersatu, walau pun Timbalannya sendiri berkata dia tak tahu maksud PAS bila PAS memperkatakan tentang isi cadangan dan usaha untuk bersatu itu.


Saya cadangkan Najib supaya jelaskan apa maksud dan tujuan UMNO nak bersatu dengan PAS. Oleh kerana PAS telah pun kata mereka tidak mahu bersatu dengan UMNO, eloklah Perdana Menter sendiri kupas panjang lebar mengapa perlunya kerjasama UMNO –PAS ini. Sama ada benar-benar nak satukan orang Melayu (dengan tidak mempedulikan warga Malaysia yang bukan Melayu) atau cuma mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Kalau Najib tak sanggup berterus terang, lebih elok kalau dia tumpukan masa untuk memulihkan ekonomi dan kurangkan bercakap hal-hal yang tak ada faedah.

Saya dan ramai lagi rakyat biasa melihat cadangan ini hanyalah untuk menyelamatkan Najib dari serangan musuh-musuhnya dalam UMNO. Sepertilah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu masa dulu yang begitu tertarik dengan muzhakarah dengan PAS. Sekarang kita tahu hasrat Pak Lah masa itu hanya untuk pertahankan dirinya dari serangan panglima-panglima besar dalam UMNO yang cuba menolaknya keluar. Dan mereka berjaya. Nampaknya Najib mungkin senasib dengan Pak Lah. Sebab itulah “kerajaan perpaduan” ciptaan Najib hanya mahu dijadikannya sebagai benteng baru untuk memanjangkan pemeritahannya sampai pilihan raya umum ke-13 nanti.”

“It is an intellectual insanity when doing the same things over & over, but hoping for the different result”

NIZAM @ ahmadafzainizam.wordpress.com
35009 Tapah

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: