Home > Uncategorized > KEHIDUPAN DI SANA

KEHIDUPAN DI SANA

Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah kita tinggalkan politik gawat itu sambil tersenyum sinis melihat mereka bersandiwara diatas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka. Kadangkala dalam kejenuhan hidup di dunia ini, kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan.

Membaca al-Quran

Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup. Walaupun bagi sesetengah orang, perbincangan tentang Hari Akhirat bagaikan kurang “standard”, namun kita tetap tidak boleh menafikan bahawa hidup ini hanya sementara. Kita tetap akan mati dan kehidupan dunia kita akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun.

Di sana ada kehidupan yang lebih abadi yang sering kita lupai. Justeru, Nabi SAW mengingatkan kita tentang kehidupan ini, sabda baginda: “Aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

NIZAM @ ahmadafzainizam.wordpress.com
35009 Tapah

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: