Home > Uncategorized > Nilai RM5 Juta di Perak

Nilai RM5 Juta di Perak

Salam,

Apa nilai RM5 juta bagi orang yang makan gaji macam saya? Apa yang boleh kita buat kalau kita ada RM5 juta? 

aemsany0014.jpg

  1. Rumah – boleh beli rumah 2 tingkat kembar dua di Ipoh. Harga lebih kurang RM400-500K.
  2. Perabot – bajet RM100K
  3. Kereta – merasa la teman pakai toyota camry macam exco kerajaan Perak. Harga RM170K.
  4. Kereta kedua – Myvi auto. Harga RM50K
  5. Simpanan – ASB maksimum RM250K. Dividen 7-9% setahun, purata 8%. Lebih kurang RM20K setahun, RM1667 sebulan. Ok tu pendapatan tetap!!
  6. Simpanan lain – Tabung Haji (TH) tiada maksimum (katakanlah RM1.75 juta). Dividen 5-6% setahun, purata 5%. Lebih kurang RM87.5K setahun, RM7292 sebulan. Ok jugak tu pendapatan tetap!!
  7. Beli tanah sawit (rezab melayu) 10 ekar – katakan lah RM50K/seeekar, total RM500K. anggaran pendapatan purata RM1000 sebulan
  8. Beli tanah sawah padi (rezab melayu) 10 ekar – katakan lah RM50K/seeekar, total RM500K. anggaran pendapatan purata RM1000 sebulan.
  9. Purata pendapatan sebulan (ASB + TH + sawit + padi) = RM10,959.00.
  10. Lebihan wang dari RM5 juta : RM1.18 juta – banyak lagi tu… kalau simpanan dalam tabung haji, boleh dapat pendapatan RM4,917 sebulan.
  11. Total pendapatan sebulan = RM15,876….. Mungkin sama dengan gaji pokok SUK Perak.
  12. Purata kasar zakat pendapatan tahunan = RM5000.00

Toyota Camry

Jadi banyak tak RM5 juta untuk orang makan gaji macam kita…. kalau kita dapat duit banyak tu, tak payah kerja makan gaji dah…

 Tapi macam mana kalau RM5 Juta tu datang dari rasuah atau jalan yang haram. Yang pasti hasilnya HARAM dan tidak membawa apa-apa keberkatan dalam hidup kita.

Menerima rasuah adalah perbuatan yang berdosa dan orang yang tipis imannya. Bak kata abang teman pagi tadi semasa sembang melalui telefon,”Kalau letak RM5 juta di kiri dan al-Quran di kanan, orang yang lemah iman macam kita mesti pilih RM5 juta punya.”

 Pengajarannya, harta yang datang dari jalan rasuah samada rasuah politik atau tidak, merupakan bebanan kepada penerima. Jika penerima itu wakil rakyat muslim yang melompat parti demi RM5 JUTA, dia khianat kepada Allah, Rasul,  rakyat yang memilihnya dan diri sendiri. Pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

8_25

“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak akan hanya tertimpa ke atas orang-orang yang zalim dari kalangan kamu semata-mata. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu amat keras hukumannya” [al-Anfaal 8: 25]

Sama-sama lah kita fikirkan dan ambil iktibar.

NIZAM @ ahmadafzainizam.wordpress.com
35009 Tapah

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: