Home > Uncategorized > Bingkisan dari semalam (Khamis, 5 Feb 2009)

Bingkisan dari semalam (Khamis, 5 Feb 2009)

Salam,

Saya berada di Ipoh semalam (Khamis, 5 Feb 2009) untuk melihat suasana selepas situasi yang dikatakan ‘coup-de-tat’ . Ipoh berada dalam keadaan tenang. Orang awam menjalankan aktiviti seperti biasa. Cuma keadaan agak sibuk di sekitar rumah kediaman Menteri Besar.

Dibawah adalah sedikit pemerhatian saya:

Kehadiran

  1. Satu perhimpunan yang aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
  2. Anggaran saya seramai melebihi 15,000 orang.
  3. Kehadiran terdiri daripada pelbagai kaum – Melayu, Cina, India & kaum-kaum lain.
  4. Satu kehadiran yang mengagumkan melihat kepada larangan untuk berkumpul dari IGP dan KP Perak sepanjang hari melalui TV1.
  5. Ramai pemimpin PR yang hadir antaranya ketua pemuda PAS, ketua pemuda AMK, setiausaha politik MB Selangor dan lain-lain.

Ucapan

  1. Banyak ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat. Kemuncaknya ucapan Datuk Seri Ir Mohd Nizar, Menteri Besar Perak dan diakhiri oleh bacaan doa dari Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.
  2. Ucapan berkisar kepada isu ‘rampasan kuasa BN’.
  3. Kesemua pemimpin PR sampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu (BM).  Kagum dengan penguasaan BM pemimpin bukan Melayu PR. Sebahagian pemimpin BN bukan Melayu lebih teruk penggunaan BM walaupun dah berkawan dan bersekutu dengan parti yang kononnya memperjuangkan orang Melayu.
  4. Rata-rata ucapan yang berjaya menaikkan semangat hadirin.
  5. Ucapan berlegar pada isu yang sama. mungkin boleh membosankan hadirin yang sudah memahami isu ini.
  6. Ringkasan ucapan. – PR akan terus memperjuangkan hak kerajaan PR Perak, ADUN PR akan boikot majlis angkat sumpah ‘MB rampasan kuasa’ & kembalikan kuasa memilih kerajaan Perak kepada rakyat.

Perak diharap terus berada dalam aman. Hari Jumaat pula ada demonstrasi kat masjid ‘ubudiyah, kuala kangsar (kampung teman, yob!!).

Ambil kerajaan macam ni nampak sangat tidak “gentlemen”. Kesian kat rakyat Perak. Penat mengundi 8 Mac 2008 pun rasanya tak habis lagi. Bukan penat fizikal. Tapi penat mental mendengar dan melihat propaganda TVI, TV2 dan TV3 yang bukan-bukan.

Saya rakyat Perak. Saya hormat Sultan. Tapi cara ambil kerajaan macam ni memang tak berMORAL. Merendahkan martabat seorang insan yang bertamadun. Ingat lagi zaman sekolah dulu di SMKAK. Kalau isu ini, mesti Cikgu Yusuf (guru BM) buat perbincangan dalam kelas BM.

Sedikit pesanan peribadi – JANGAN BUAT SESUATU YANG TIDAK BERMORAL, BERETIKA DAN TAK TAHU MALU KERANA KITA SEMUA AKAN MATI DAN PASTI AKAN DIPERSOALKAN OLEH ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK.

KEPADA DYMM SULTAN –  DAULAT TUANKU!! KEMATIAN DAN HISAB AKHIRAT ADALAH PERKARA YANG PASTI TANPA MENGIRA PANGKAT DAN DARJAT KITA.

KEPADA PEMIMPIN PR – SELAMAT BERJUANG DEMI KEPENTINGAN RAKYAT PERAK. INGATLAH KEPADA ALLAH  SWT SEBAGAI PENCIPTA MASALAH. KEMBALILAH KEPADA ALLAH SWT JUGA SEBAGAI PENYELESAI MASALAH.

KEPADA PEMIMPIN BN – TAHNIAH MB BARU. INGATLAH MIKE SEMUA AKAN MASUK KUBUR JUGAK.  JAWAB LA BAIK-BAIK DENGAN MALAIKAT PENJAGA KUBUR.

KEPADA RAKYAT PERAK – HARAP BERSABAR DENGAN DUGAAN INI. PRU13 MASIH ADA. BILA TIBA PRU13, TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAIK-BAIKNYA.

OK lah takat ini dulu.

NIZAM @ ahmadafzainizam.wordpress.com
35009 Tapah

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: