Home > Perak > Zahid’s directive against spirit of federalism

Zahid’s directive against spirit of federalism

Salam,

Kenyataan rasmi YAB Menter Besar Perak terhadap arahan dari YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di JPM, yang melarang pegawai-pegawai persekutuan menghadiri mesyuarat di peringkat negeri Perak Darul Ridzuan. Berita ini dipetik dari BERNAMA melalui The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/16484-zahids-directive-against-spirit-of-federalism,

“IPOH, Jan 21 — The Perak state government today described the directive by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi that federal departments and agencies in Perak should not attend meetings organised by the state government as not respecting the spirit of federalism and the rights of the people.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the directive was against the state government’s policy of having good relations with the Federal Government in the interest of the people.

“I am sad that such action does not respect the spirit of federalism. The state government wants to have good relations with the Federal Government but if this is the attitude of a minister who wants to stop and cut off ties between federal and state officers, I feel that is unfortunate especially for the people of Perak who gave him the mandate as a minister,” Mohammad Nizar told reporters after chairing the state executive council meeting here today.

He was commenting on Ahmad Zahid’s directive yesterday.

However, Ahmad Zahid said heads of departments and agencies which had the same purpose as the state like the Drainage and Irrigation Department, the Health Department, the Agriculture Department and the police were exempted from the directive.

Mohammad Nizar said the state government always cooperated with the Federal Government and this was proven since the last 10 months it ruled as no application by the Federal Government for land for public projects was rejected. — Bernama”

Komen saya:

Apa nak jadi dengan isu ini? Saya ingat yang paling penting adalah kepentingan rakyat. Kalau pegawai persekutuan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat di peringkat negeri, bagaimana masalah rakyat yang bertimbun nak selesai.

Masalah rakyat memerlukan kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat untuk penyelesaian. Contohnya masalah jalan luar bandar, saya rasa sekurang-kurangnya jabatan yang terlibat adalah Jabatan Pembangunan Luar Bandar (persekutuan – peruntukan), Pejabat Tanah (negeri – pengambilan tanah), JKKK (negeri – nasihat), JKKP (persekutuan – nasihat) dan mungkin JKR (persekutuan – kerja-kerja membuat jalan). Tengok kepada masalah ini, macam mana nak selesaikan. Tidak kira lah kerajaan negeri atau persekutuan. Yang paling penting masalah rakyat kena diselesaikan.

Dalam masa yang sama, ada jabatan persekutuan yang dikecualikan dari arahan beliau. Macam mana pak menteri ini nak pastikan hanya jabatan-jabatan ini sahaja yang hadir? Bukan ini menambahkan lagi tugas-tugas beliau. Saya rasa adalah lebih baik beliau menumpukan terhadap portfolio beliau dan cari cara terbaik untuk selesaikan masalah rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Saya takut isu ini menyebabkan rakyat Malaysia melihat kerajaan persekutuan (BN) sebagai tidak adil. Seterusnya menghakis sokongan terhadap BN dalam masa panjang. Golongan muda sentiasa peka terhadap setiap langkah yang dilakukan oleh kerajaan BN dan PR. Golongan ini tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan terhadap mana-mana parti yang dilihat mampu memerintah dengan lebih baik, telus dan adil.

Ingat PRU 08 dan PRK Kuala Terengganu baru-baru ini memperlihatkan kematangan rakyat dalam memilih parti yang mereka rasa lebih baik. Moga-moga ini memberi sedikit gambaran terhadap pemikiran rakyat terutamanya golongan muda seperti saya yang lebih terbuka, fleksibel dan lebih vokal.

“Kemenangan adalah berfikir selangkah lebih dari yang lain”

Wassalam, nizam mokhtar, Tapah

Categories: Perak
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: