Home > Masalah Tempatan > Siapa gadai Singapura?

Siapa gadai Singapura?

Salam,

Dilampirkan berita dari webblog “Cina Islam” serta sedikit ulasan ringkas dari saya untuk tatapan dan renungan kita bersama.

IPOH, 18 Jan. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan berhubung isu pemberian hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru di negeri ini. Beliau berkata, apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan rakyat dan yakin perkara itu tidak mengguris perasaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah.

‘‘Tidak ada sebab mengapa saya perlu letak jawatan. Hubungan saya dengan pihak istana cukup baik. Isu ini tidak sepatutnya timbul,” katanya dalam sidang akhbar disini hari ini.

Mohammad Nizar diminta mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau meletakkan jawatan berikutan tindakannya memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru telah mengguris hati raja-raja Melayu. Menurut Mohammad Nizar, beliau tidak nampak apa yang dititahkan oleh Tuanku Raja Muda Perak itu menggambarkan perasaan ‘terguris’ baginda terhadap apa yang sedang dilakukannya.

Sebaliknya dakwa beliau, ketika Perak di bawah penguasaan parti Barisan Nasional (BN), lagi banyak tanah di negeri itu yang telah tergadai kepada orang bukan Melayu. “Seandainya seluruh kampung baru yang mempunyai penduduk kira-kira 47,000 orang diberikan hak milik tanah, kita hanya beri tidak sampai 3,000 ekar (1,200 hektar),” katanya.

ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengatakan sepatutnya pemilikan tanah di Kampung Baru tidak perlu dipertikaikan lagi kerana generasi yang tinggal disitu adalah melebihi dua generasi. Mereka berhak memiliki hak mereka yang sebenarnya. Menurut beliau, pemimpin UMNO telah kehabisan modal dan membangkitkan isu dan mengaitkan pihak yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan keputusan Kerajaan Negeri Perak itu. “Sepatutnya pemimpin UMNO perlu mempertikaikan keputusannya sendiri menggadaikan Singapura kepada pihak lain. Itulah yang lebih terguris dan mengguris hati semua pihak”, jelasnya. 

Komen saya:

Kenapa segolongan Melayu takut sangat untuk bangsa lain memiliki sekeping lot tanah untuk tapak rumah?

Bukankah tapak rumah di kampung baru itu mungkin hanya sebesar 60′ x 100′ atau besar sedikit daripada itu?

Kenapa perlu dipolitikkan perkara ini?

Adakah kerana keputusan ini dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) maka seluruh jentera massa Barisan Nasional(BN)  menggunakan isu ini untuk me”rembat” kerajaan PR Perak kononnya tidak menjaga kepentingan Melayu?

Bagaimana pemberian status 999 tahun bagi kampung tersusun yang rata-ratanya majoriti penduduk Melayu yang diberi oleh kerajaan PR Perak?

Bagaimana konsep “alibaba” yang amat terkenal kaitannya dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ditunjangi oleh kerajaan BN sebelum ini?

Saya rasa prinsip Islam dalam pemerintahan, memberi hak kepada semua kaum dalam sesebuah negara untuk memiliki tanah sebagai tapak rumah untuk mereka tinggal, tanpa mengira agama. Ini merupakan hak asasi bagi setiap rakyat seperti juga makanan dan pakaian.

Saya amat berharap agar rakyat dapat menilai isu ini dari kacamata minda yang betul. Bagi BN, ingatlah jangan hanya bermain isu hingga terus berada dalam kebencian rakyat jelata. PRK Kuala Terengganu yang baru lepas memberi gambaran awal terhadap penolakan dasar dan polisi BN.

Ingatlah pesanan saya “kemenangan adalah berfikir sejengkal lebih dari orang lain”. Wassalam

Categories: Masalah Tempatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: