Home > Masalah Tempatan > Banjir Kilat di Tapah

Banjir Kilat di Tapah

Salam,

Saya merupakan penduduk Tapah yang tinggal di Kuarters TNB Batu 8, Jalan Pahang (Parlimen Tapah & DUN Chenderiang). Jalan Pahang merupakan jalan utama Tapah ke Cameron Highlands. Akhir-akhir ini sering kali banjir kilat berlaku di sepanjang jalan ini terutamanya di 4 kawasan:

  1. Berdekatan Taman Highlands (lebih kurang 1 batu dari pekan Tapah)
  2. Jambatan kecil sebelum Kg Baru Jalan Pahang (Batu 2)
  3. Depan Kem 4 RAMD (Batu 2 1/2)
  4. Kawasan Batu 5 (selepas kawasan kuari yang tidak digunakan)

Pemerhatian awal, mendapati banjir kilat ini berlaku disebabkan anak sungai yang semakin cetek dan laluan air yang tersumbat akibat sampah sarap.

Nampaknya tiada tindakan lanjut dari pihak berkuasa samada pihak berkuasa tempatan atau agensi-agensi lain kecuali kerja-kerja mendalam anak sungai di kawasan berdekatan Taman Highlands (syabas pada JPS & agensi yang berkaitan!!!). Tetapi ini masih belum dapat menyelesaikan masalah banjir kilat pada 3 tempat lagi. Banjir kilat ini selalunya berlaku pada hari yang mengalami hujan yang lebat dan merbahaya kepada pengguna kenderaan kecil.

Harap wakil rakyat kawasan (Parlimen – Datuk M. Saravanan [BN-MIC] & DUN – Dr Mah Hang Soon [BN-MCA]) ini dapat turun padang dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat  ini.

Saya akan cuba bagi penjelasan lanjut berdasarkan pemerhatian saya dan foto bagi menyokongnya…..

Categories: Masalah Tempatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: