Home > muslim habits > 7 Habits of Highly Effective Muslim – 1st Habit

7 Habits of Highly Effective Muslim – 1st Habit

Presiden Bill Clinton menilai bahawa daya saing bangsa Amerika mula ditinggal oleh bangsa Jepun dan negara-negara industri baru di Asia. Salah satu cara untuk mengembalikan keunggulan bangsa Amerika menurut Presiden Clinton adalah dengan menerapkan “The Seven Habits of Highly Effective People” yang ditulis oleh Dr. Steven R.Covey.

Jika bangsa Amerika saja yang sudah maju mahu belajar dari Dr. Covey, pasti ada hikmahnya bila kita juga mahu mempelajari 7 tabiat Covey. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hikmah itu milik orang Islam, di mana pun kamu mendapatkannya ambillah.” Apakah tabiat itu?. Tabiat adalah pertemuan antara ‘knowledge’ [pengetahuan], ‘skill’ [keterampilan] dan ‘desire’ [keinginan]. Menghentikan kebiasaan merokok misalnya, tidak cukup dengan memilikki pengetahuan tentang terdapatnya hubungan negatif antara merokok dengan kesihatan dan mengetahui cara berhenti merokok. Kalau hanya ‘knowlegde’ dan ‘skill diperlukan, tentu tidak ada lagi doktor yang merokok. Mengubah kebiasaan mensyaratkan ketiganya. Berikut adalah 7 tabiat manusia yang sangat efektif.

Habit #1: Be Proactive

  1. Proaktif bukan sekadar berinisiatif. Proaktif beerti suatu keyakinan bahawa apa pun yang kita perolehi dalam hidup merupakan akibat pilihan respons kita sendiri. Kebiasaan pertama merupakan kesedaran bahawa antara stimulus dan respons terdapat ‘freedom to choose’. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d 13:11, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.
  2. Ramai orang berfikir bahawa ketidakbahagiaan mereka disebabkan kerana apa yang terjadi pada diri mereka. Padahal yang sebenarnya adalah kerana cara mereka memberi makna atas apa yang terjadi.
  3. Selalu ada pilihan untuk bereaksi secara positif terhadap situasi yang negatif.
  4. Kemampuan untuk memilih respons seperti yang dikemukakan di atas, merupakan fungsi dari kemampuan kita memanfaatkan kurnia Allah berupa Furqan [berupa Al-Quran yang membezakan antara respons yang haq dan yang batil], ‘independent will’ [kehendak bebas], ‘self awareness’ [kesedaran diri], ‘conscience’ [kata hati] dan ‘imagination’ [imaginasi].
  5. Dengan kata lain, kitalah yang memprogramkan kehidupan kita sendiri.

Moga-moga kita dapat mengamalkan tabiat ini dan seterusnya menjadi muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. Amin…..Bersambung……

Categories: muslim habits
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: