Home > Uncategorized > Kembali ke rahmatullah

Kembali ke rahmatullah

Lama sungguh rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Ini kerana kekangan tugas dan akhir-akhir ini menjaga abah yang sakit akibat batu dalam hempedu. Sebenarnya abah saya, Hj Mokhtar bin Abdul Shukor telah kembali rahmatullah pada Rabu, 16 Julai 2008 jam 7.30 malam akibat serangan jantung semasa beliau masih dirawat di Ipoh Specialist Hospital (ISH) selepas pembedahan membuang hempedu yang rosak.

Abah kelihatan sihat selepas pembedahan tersebut dan amat ceria melayan tetamu yang melawatnya di wad 5, bilik 250, ISH semasa malam Rabu sebelum beliau terkena serangan jantung. Tetapi apakan daya, pada lebih kurang jam 2.00 pagi malam Rabu yang lepas, abah mengadu sesak nafas dan terus tidak sedarkan diri. Jururawat dan doktor (Dr. Zakaria – “physician & neuro specialist” dan Dr. Mano – “general surgeon”) yang merawat abah, berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan kesihatan abah dan memasukkan abah ke ICU. Pada pagi Rabu, abah terus hidup bergantung dengan alat “life support”. Dr. Mano telah mengesahkan bahawa tiada tindakbalas dari otak yang memungkinkan abah mengalami “brain death”, tetapi Dr. Mano meminta agar keluarga menunggu hingga ke petang Rabu untuk pengesahan selanjutnya.

Pada sebelah petang, Dr. Zakaria & Dr. Mano mengesahkan sekali lagi bahawa abah telah mengalami “brain death” dan menasihatkan agar abah dibawa pulang ke kampung. Kemudian abah dibawa pulang ke Kg Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar dengan ambulan ISH dan “staff nurse” yang mengiringi abah, memisahkan “life support system” dari abah. Selepas itu, degupan jantung dan nadi semakin lemah dan abah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.30 malam. Sejurus selepas itu, azan Maghrib berkumandang dari masjid berhampiran.

Seluruh ahli keluarga berada disisi semasa abah menghembuskan nafas terakhir. Suasana sayu dan hiba menyelubungi pada malam itu. Tidak putus-putus sanak saudara dan rakan taulan menziarahi jenazah hingga ke subuh keesokan harinya. Jenazah dimandikan pada jam 9.30 pagi hari Khamis dan disolatkan pada 10.30 pagi di masjid berhampiaran rumah. Kemudian jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kg Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar dan selesai urusan pengkebumian pada jam 11.30 pagi. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan amat lancar.

Jazakumullah khairan kathira kepada kesemua yang terlibat dalam merawat abah dan urusan jenazah abah. Moga-moga Allah SWT memberi ganjaran kepada semua sesuai dengan sabda Nabi SAW, HR alJama’ah dari Abu Hurayra ra,” Barangsiapa yg mengiringi jenazah dan turut solat atasnya , memperolehi pahala sebesar satu Qirat.”

Moga-moga abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat ganjaran syurga dari Allah SWT. Allahumagfir lahu warhamu wa’afihi wa’fu ‘anhu. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Kenangan bersama abah dan emak semasa bermiqat di Bir Ali

Kenangan bersama abah dan emak semasa bermiqat di Bir Ali (2007)

 

Kenangan bersama abah dan emak di Jabal Uhud

Kenangan bersama abah dan emak di Jabal Uhud (2007)

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: