Home > Uncategorized > Beberapa permasalahan jenazah dari al-ahkam.net

Beberapa permasalahan jenazah dari al-ahkam.net

Assalamualaikum wbt.,

Disenaraikan beberapa permasalahan jenazah dari al-ahkam.net yang boleh dimanafaatkan oleh semua. Untuk perhatian kepada tuan/puan yang baru mengenali al-ahkam.net (AAN), AAN merupakan salah satu laman web Islam berbahasa melayu yang banyak membicarakan tentang permasalahan Islam. Metodologi yang digunakan oleh AAN adalah menggunakan pandangan Islam yang kuat dan rajih tanpa terikat pada mana-mana mazhab. Dibawah merupakan persoalan jenazah yang diambil dari AAN:

Soalan 1

Kecoh di sebuah kampung apabila seorang YB yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan solat jenazah di masjid, mengerjakan solat jenazah di kubur iaitu selepas dikebumikan mayat tersebut dan solat tersebut disertai oleh imam kampung tersebut. Kecoh apabila ada yang mengatakan tidak boleh amalan tersebut dilakukan dan apa pula pihak yang membenarkannya. Apakah perkara ini (mengerjakan solat jenazah di kubur sebaik sahaja mayat dikebumikan) dibenarkan atau diharamkan atau perkara khilafiah?

Jawapan AAN 1,

Bahkan ia adalah SUNNAH. al-Sayyid Sabiq, dalam Fiqh Sunnah jilid 4/120-122 menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit dimana Nabi SAW dan sekumpulan sahabat menziarahi perkuburan Baqi’, baginda terpandang sebuah kubur yang baru. Lalu beliau bertanyakan kubur siapakah itu? Bila diberitahu, Nabi SAW dengan nada marah mempersoalkan kenapa beginda tidak diberitahu. Para sahabat menjelaskan ketika pemakaman itu mereka mendapati Nabi SAW sedang tidur. Tapi Nabi kemudian melarang perbuatan itu dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu kerana solat baginda SAW ke atas mayyit adalah rahmat. Lantas baginda SAW membuat saf dan solat di kuburan itu. [HR Ahmad, Nasa’iy, alBaihaqi, al-Hakim dan disahkan oleh Ibn Hibban. Al-Albani menilai sanad hadith ini sahih dalam ahkam al-Janaiz (ms 114)].

Perkuburan Baqi' di Madinah al-Munawwarah

Perkuburan Baqi' di Madinah al-Munawwarah

Soalan 2:

Minta pencerahan dalam isu solat sunat hadiah. Seorang ustaz pondok memberitahu kita hendaklah bertaklid dengan pendapat Imam as-Subki yang mengatakan adanya solat sunat hadiah (tanpa menyebut kitab mana). Begitu juga saya pernah terbaca artikel seorang penceramah agama yang terkenal dalam ruangan soal jawab akhbar Harian Metro yang mengatakan adanya solat sunat hadiah dan beliau mengajar kaifiatnya. Walhal sebelum ini, saya berpegang dengan Dr MAZA yang mengatakan tidak wujudnya solat sunat hadiah dlm sunnah baginda SAW. Mohon pencerahan dari AAN.

Jawapan AAN 2:

Anda hendaklah berpegang dengan pendapat SS Dr MAZA kerana mereka lebih masyhur berpegang dengan Sunnah berbanding dengan tokoh-tokoh yg anda sebutkan itu. Ini kerana tokoh hadith kita menyeru kepada ittiba’ asSunnah dan menjauhi taqlid. Solat sunat hadiah kepada mayyit ini tidak pernah disebut dalam mana-mana kita sunan, dan bermakna ianya tidak disyari’atkan.

Solat Hadiah ini amat terkenal di kalangan penganut Syiah. Dalam satu riwayat mereka yang masyhur dari Mohamed bin al-Hasan didalam kitab al-Misbah yang dapat saya ringkas riwayatnya yang menjelaskan tentang solat hadith : “Sesungguhnya seseorang hamba bersolat pada hari Jumaat 8 rakaat, 4 rakaat didedikasikan kepada Rasulullah  dan, 4 rakaat yang bakinya didedikasikan kepada Fatimah ra. Hari Khamis bersolat 4 rakaat dan didedikasikan kepada Amirul Mukminin, kemudian setiap hari kepada satu-satu Imam, sehinggalah hari Khamis 4 rakaat didedikasikan kepada Ja’far bin Muhamad, kemudian pada hari Jumaat juga 8 rakaat, 4 rakaat didedikasikan kepada Rasulullah, 4 rakaat selebihnya kepada Fatimah, kemudian pada hari Sabtu 4 rakaat didedikasikan kepada Musa bin Ja’far, kemudian lakukan begitu sehingga hari Khamis dimana 4 rakaat kepada empunya zaman.”

Dalam riwayat yang lain oleh Ibrahim bin Ali al-Kaf’ami (al-Misbah) dijelaskan kaifiat Solat Hadiah ini :-

“Solat Hadiah adalah pada malam dikebumikan sebanyak 2 rakaat, di dalam rakaat awal di baca al-Fatihah dan ayat al-Kursi, dan pada rakaat kedua dibaca al-Fatihah dan surah al-Qadr sebanyak 10 kali, dan selepas selesai salam hendaklah dia berdo’a : Ya Allah selawat dan salam kepada Muhammad dan kaum keluarga Muhammad, dan saya menyampaikan pahala kepada kubur si-Fulan”.

Kaifiat solat ini mempunyai sedikit persamaan sebagaimana yang dipaparkan di Harian Metro. Imam-Imam Mazhab yang empat (4) tidak menceritakan mengenai Solat Hadiah ini, terutama Imam al-Syafie sendiri yang memang jelas pegangan beliau bahawa selain dari Solat Jenazah dan Do’a, hanya ibadah harta (Maal) sahaja yang boleh sampai kepada si mati tersebut. Dari apa yang kami ketahui, tidak ada hadih sahih yang tsabit dari Nabi SAW mengenai solat hadiah ini. Banyak lagi solat sunat lain yang sahih dari Nabi SAW yang boleh kita amalkan tanpa was-was.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: