Archive

Archive for May 18, 2008

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini adalah sekadar coretan harian/mingguan/bulanan/tahunan dari saya untuk semua. Pelbagai isu, insyallah, akan disentuh dari banyak aspek. Antaranya isu agama, politik, bisnes dan mungkin coretan tentang perjalanan hidup saya. Pandangan yang bernas cuba dilontarkan untuk tatapan dan manafaat semua. Sebagai rakyat sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, coretan yang cuba dipaparkan adalah pandangan peribadi terhadap sesuatu isu.

Gambar penulis bersama isteri tercinta

Terdapat juga tulisan dari laman blog atau web lain yang akan dipaparkan dalam blog ini. Ini adalah kerana tulisan yang baik harus dimanafaatkan oleh semua. Blog ini juga cuba sebaik mungkin mengelak untuk mencaci dan mencerca mana-mana individu. Sebarang komen/pandangan yang dibuat/dilontarkan kepada mana-mana individu, insyallah, akan dilakukan dengan cara yang sehikmah mungkin. Tulisan juga akan dibuat dengan menggunakan bahasa melayu atau inggeris. Ini kerana kadang-kadang mesej lebih mudah sampai jika kita menggunakan bahasa tertentu berdasarkan situasi.

Setakat ini dahulu, coretan saya. Wassalam.

Categories: Uncategorized